




"Jiwa Seni tidak akan terpadam di hati setiap insan selagi masih bernafas"...begitulah kreatifnya pelajar Tingkatan 3 SMK Badin yang terlibat dalam projek membuat Banting sebagai salah satu aktiviti projek Lepas PMR.
Semua insan yang dilahirkan di dunia, punya naluri seni. Bermula dari dari 0-1 tahun kita mula kenal garisan, 2-3 tahun kita mula melukis rupa. 3-6 tahun mula mengenali bentuk. 7 hingga dewasa kita mula kenali kecantikan/keindahan atau estetika. Manusia tidak dapat lari daripada naluri seni. Banyak kehendak dan keperluan manusia seperti rumah, kereta, pakaian, makanan dan lain-lain dipilih atas dasar estetika. jadi fikir-fikirkanlah ..pentingkah Pendidikan Seni Visual di sekolah...