PROJEK BANTING LEPAS PMR 2010
1:13 AM | Author: Junaidih. S





"Jiwa Seni tidak akan terpadam di hati setiap insan selagi masih bernafas"...begitulah kreatifnya pelajar Tingkatan 3 SMK Badin yang terlibat dalam projek membuat Banting sebagai salah satu aktiviti projek Lepas PMR.
Plasticine Art
4:50 AM | Author: Junaidih. S




Hasil karya pelajar darjah satu..adik Izzul Islam dari SK Pekan, Tuaran..
Terima Kasih Kepada Kelas 2 Mulia
3:53 AM | Author: Junaidih. S







Julai 2010.Terima kasih pada kelas 2 Mulia kerana atas pertolongan dan rasa bertanggungjawab terhadap kebersihan dan pengindahan bilik seni demi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang selasa.Pelajar-pelajar 2 Mulia berusaha mengecat meja belajar yang agak lusuh seperti dalam gambar dan mengemas serta mebersihkan bilik seni.Mudah-mudahan sifat 'ringan tulang' ini sentiasa ada dalam diri setiap pelajar walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan. Dan saya sebagai salah seorang guru mereka, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka..amin..terima kasih tidak terhingga kepada pelajar 2 Mulia...
LOGO
4:57 AM | Author: Junaidih. S
Logo adalah simbol pengenalan pada sesuatu Syarikat, pertubuhan, kelab, persatuan.Logo merupakan rekaan grafik yang mudah dan menarik.Unsur seni dan prinsip rekaan digunakan untuk mendapatkan logo yang menarik dan bermutu. Tujuan Logo adalah digunakan sebagai identiti sesebuah perubuhan,syarikat dan lain-lain untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.Logo dibahagikan kepada 3.

1.Logo Huruf..
Direka menggunakan huruf sahaja dengan pelbagai rekabentuk dengan bilangan huruf yang minima.Contoh:



2.Logo Reprensentasi.
Direka berdasarkan objek yang terdapat di alam sekeliling..seperti menggunakan unsur alam seperti fauna dan flora yang diringkaskan seperti logo shell daripada kerang



3. Logo gabungan huruf dan representasi

. Contoh:




Sumber Gambar:

http://www.cgdf.cz/grn/2009/2-09/31_strana/HLS-en.html
http://www.tmukonline.net/news_details.php?s=&id=81
http://syafiqmahadi.blogspot.com/2008_06_01_archive.html
KARNIVAL PENDIDIKAN SMK BADIN 2010
5:08 PM | Author: Junaidih. S







Panitia Seni terlibat sama dalam Karnival Pendidikan SMK Badin 2010. Cikgu Patrick Ketua Panitia Seni Visual mengetuai Kiosk untuk Sesi pagi dan Cikgu Radin Sanggol mengetui sesi petang dan dibantu oleh Cikgu Junaidih Saidan@Md Jassin.Panitia Seni sesi petang memenangi anugerah inovasi. Gambar 3 dan 5 dari atas Ketua Bidang Pn Anasari Paulus dan Cikgu Rasin Mag mencuba mencanting dan mewarna batik.
PROJEK LEPAS PMR 2009(BATIK)
1:16 AM | Author: Junaidih. S





Pelajar Tingkatan 3 , terlibat membuat selisir batik..dalam gambar kelihatan pengetua, penyelia petang SMK Badin dan pelajar mencuba mencanting kain...iaitu proses awal menghasilkan batik (selisir)
PASU SARAWAK
4:48 AM | Author: Junaidih. S