ArCA DaN CaTaN
10:05 PM | Author: Junaidih. S

aRt sTUdENt
5:04 PM | Author: Junaidih. S
UKIRAN SABUN
4:22 PM | Author: Junaidih. S



Ukiran sabun merupakan ukiran yang sangat mudah keadaan material sabun yang lembut dan mudah di ukir.. Penggunaan pisau lipat berharga 20 sen cukup untuk menghasilkan ukiran yang cantik. Tetapi pelajar harus berhati-hati menggunakan pisau dan di awasi oleh guru.
BATIK
4:12 PM | Author: Junaidih. S


Karya Pelajar anjuran Kraftangan di One Borneo(Ogos)di bawah seliaan cikgu Radin yang melibatkan 20 pelajar di SMK BADIN, Tuaran. Sabah
Karya Ukiran kayu pelajar SMK BADIN
4:07 PM | Author: Junaidih. S





Ukiran Kayu tebuk tidak tembus tanpa silat
Penekanan Kepada Ton
2:29 PM | Author: Junaidih. S


Lukisan yang dihasilkan oleh kebanyakan pelajar di sekolah bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 kebanyakanya nampak kaku dan tidak menampakkan keadaan bentuk sesuatu objek. Ini adalah kurangnya pemahaman dan kemahiran pelajar pada penggunaan ton yang betul untuk menghasilkan bentuk sesuatu objek. Penekanan bayag-bayang dan pencahayaan amat penting untuk menghasilkan ton(gelap ke terang atau terang ke gelap)mana-mana kawasan yang terkena sumber cahaya akan menghasilkan ton yang terang dan semakin jauh daripada cahaya ia akan menjadi gelap.. oleh yang demikian sebelum pelajar memulakan lukisan sesuatu objek contohnya pada gambar diatas P ialah sumber cahaya( arah cahaya)jadi permukaan yang di sinari cahaya ton daripada pensil terang berbanding dengan kawasan bertanda Q yang jauh dan ton yang digunakan gelap. R dan S adalah bayang-bayang.Perbezaan ton pada bayang-bayang juga penting kerana semakin jauh bayang-bayang ton semakin terang seperti konsep penggunaan ton pada bentuk sfera tadi.Bayang-bayang penting kerana untuk menunjukkan objek yang dilukis nampak terletak pada sesuatu permukaan. sekiranya lukisan objek yang tiada bayang-bayang ia kelihatan seolah-olah terapung-apung diawangan.
UNSUR SENI/PRINSIP REKAAN
1:12 AM | Author: Junaidih. S
UNSUR SENI PRINSIP REKAAN

1. Garisan
2. Jalinan
3. Bentuk
4..Rupa
5. Warna
6. Ruang

PRINSIP REKAAN

1. Harmoni
2. Kontra
3. Penegasan
4. Pergerakan
5. Imbangan
6. Kesatuan
7. Kepelbagaian
... Soalan ini sering saya ajukan kepada pelajar tingkatan tiga yang saya rasa tidak berminat pada subjek pendidikan seni visual..alasan yang sering menjadi ranking pertama adalah. Tidak masuk PMR cikgu.. buang masa saja..lebih baik kita tumpukan pada subjek seperti maths , B. inggeris.. Jawapan ini membuatkan saya terkedu...kalau difikirkan secara empati... memang ada juga kebenaran pada jawapan ini jika dilihat pada jangkamasa pendek... Khusus untuk PMR...tetapi untuk jangka panjang pada pendapat saya ia salah...bagi saya seni sentiasa ada dalam kehidupan manusia....Jawapan yang saya sering berikan kepada pelajar ialah... boleh kamu pastikan akan berada dikelas sains pada tingkatan empat nanti... kalau tidak anda perlu belajar seni...kerana peluang pekerjaan seni adalah luas...mahu jadi designer lanskap. senibina, interior design, pereka pakaian . outomotif design dan seumpamnya, ... dan banyak lagi peluang perkerjaan sekarang yang berasaskan kemahiran seni ....tapi bagi saya belajar seni bukan saja untuk peluang perkerjaan ia amat berguna pada kemudian hari kepada pelajar sekiranya mereka sudah berkeluarga serba sedikit mampu menghias rumah samada mecatcat atau interior design dengan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan ....tahu apa itu kontra...harmoni dsb